Pantang Larang Dalam Hubungan Suami Isteri
Apabila
sudah berumah tangga sebagai suami isteri, anda mungkin terlepas
pandang pantang larang yang sepatutnya anda elak dari melakukannya.
Berikut adalah enam pantang larang yang perlu anda ketahui dalam hubungan suami isteri.
Jadi dengan adanya perkongsian ini, dapatlah saya, anda dan pasangan sama-sama memperbaiki kekurangan dan kelemahan masing-masing.
Semoga ianya akan dapat berikan manfaat dalam perhubungan kita sebagai suami isteri.
Sumber: Facebook
Berikut adalah enam pantang larang yang perlu anda ketahui dalam hubungan suami isteri.
- Jangan puji orang luar, jiran tetangga atau saudara mara secara berlebihan.
- Hindar meninggikan suara/menjerit memanggil pasangan. Tegur dan nasihatlah dengan nada rendah agar tidak mengguris hati.
- Usah lontarkan kritikan pedas yang mengguris perasaan pasangan. Sentiasa membuka hati untuk menerima pandangannya.
- Jangan berbohong dengan pasangan. Tiada tempat dalam syurga untuk si pembohong kerana rumah pertama dalam syurga adalah bagi mereka yang bercakap benar.
- Usah meninggalkan isteri tanpa alasan dan sebab yang munasabah. Elak juga menjauhkan diri daripada isteri walau ketika isteri sedang haid.
- Bersedia untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sesekali merasakan diri tidak bersalah/betul setiap masa.
Jadi dengan adanya perkongsian ini, dapatlah saya, anda dan pasangan sama-sama memperbaiki kekurangan dan kelemahan masing-masing.
Semoga ianya akan dapat berikan manfaat dalam perhubungan kita sebagai suami isteri.
Sumber: Facebook
Perlukah Nurul teruskan perhubungan?
Saya ade seorang kekasih yg sangat baik.tetapi yang membuatkan saya sangat sedih adalah dia ingin memutuskan hubungan sebagai kekasih dan berkata hanya ingin menjadi teman biasa. Tetapi, apa yang memeningkan saya, dia masih ingin layanan seperti kami masih ada hubungan. Contohnya, saya harus membalas mesej darinya setiap hari seperti kami masih pasangan kekasih yang sentiasa risau pasangannya. Memberi tahu dia masih menyayangi saya tetapi tidak ingin menyambung kembali hubungan sebagai seorang kekasih dan apabila dia mendapat tahu saya bermesej dengan kawan-kawan saya yang lelaki sedangkan dia tahu hubungan kami sebagai kawan sahaja dia akan menunjukkan sikap cemburunya. Tetapi tidak pernah mengakui bahawa dia cemburu. Ini amat memeningkan saya yang sentiasa merasa serba salah untuk melepaskannya. Jujur kami masih ada perasaan mencintai dan menyayangi tetapi kami bukanlah pasangan kekasih seperti dahulu. Soalan saya adalah bolehkah hubungan kami diteruskan sebagai seorang teman sahaja dan apa nasihat yang mrs Teddy boleh beri kepada saya untuk memulihkan hubungan kami supaya dia menerima kembali saya sebagai kekasihnya?Mr dan Mrs Teddy tengah busy. Jadi biar Abang Qiara jawabkan soalan Nurul ni ye.
Nurul
Abang sebenarnya rasa sangat hairan sebab Nurul kata dia adalah kekasih yang sangat baik, tetapi kenapa dia tak mahu teruskan perhubungan dengan Nurul ye? Kenapa dia buat Nurul jadi macam ni?
Kalau dia betul-betul kekasih yang baik, dia takkan tinggalkan Nurul dan dia takkan jadikan Nurul ni sebagai teman biasa dia.
Daripada sini pun Nurul dah dapat tahu samada dia serius ke tak. Sebab bagi abang, bila abang baca email Nurul ni abang dah dapat agak yang dia hanya ingin bermain-main saja. Tak serius pun dengan Nurul.
Teruskan Membaca
Mendiamkan Diri Bukanlah Jalan Penyelesaian
Kerap
kali apabila ada masalah, kita akan mendiamkan diri dan cuba tidak mahu
bercakap dengan pasangan kita. Konon-kononnya kita merajuk dan ingin
jauhkan diri daripadanya.
Tetapi adakah dengan mendiamkan diri dapat menyelesaikan masalah kita tadi?
Sudah semestinya tidak!
Mendiamkan diri bukanlah satu jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah kita. Masalah tidak akan dapat diselesaikan dengan sendirinya apabila kita mendiamkan diri. Malah ianya akan menjadikan masalah itu menjadi bertambah teruk lagi.
Ianya diibaratkan seperti kanser. Makin dibiarkan, makin melarat jadinya. Jika tidak dirawat dengan cepat, mungkin boleh menyebabkan kematian.

Cinta Tidak Semestinya Memiliki
Mungkin anda pernah dengar ayat ini,
Tetapi sayangnya, percintaan itu tidak semestinya kekal lama. Tidak semestinya percintaan itu akan kekal sehingga ke alam perkahwinan.
Walau bagaimana sekalipun kita menyayangi seseorang, tidak semestinya dia akan menjadi milik kita selamanya.
Kita kena bersedia untuk menerima dan redha bahawa tidak semestinya apa yang kita inginkan, akan kita dapat. Kita kena sedia menerima perasaan kecewa dan sedih dalam hidup yang kita lalui ini.
Teruskan Membaca
Cinta tidak semestinya memiliki…Ada orang yang bercinta sudah bertahun lamanya. Masing-masing sudah kenal hati budi masing-masing. Ibu bapa pun sudah kenal dengan siapa kita berkawan.
Tetapi sayangnya, percintaan itu tidak semestinya kekal lama. Tidak semestinya percintaan itu akan kekal sehingga ke alam perkahwinan.
Walau bagaimana sekalipun kita menyayangi seseorang, tidak semestinya dia akan menjadi milik kita selamanya.
Kita kena bersedia untuk menerima dan redha bahawa tidak semestinya apa yang kita inginkan, akan kita dapat. Kita kena sedia menerima perasaan kecewa dan sedih dalam hidup yang kita lalui ini.
Teruskan Membaca
Tips Untuk Berdepan Dengan Ego Lelaki

Anda wanita yang mahu memenangi ego seorang lelaki? Hakikatnya lelaki dan ego memang tidak boleh dipisahkan kerana ia memang telah menjadi lumrah alam. Ciri-ciri maskulin ini pasti akan ada dalam diri setiap lelaki yang normal. Ia bukanlah sifat diri yang sengaja dibuat-buat, tetapi memang telah tertanamkan dalam diri setiap lelaki.
Walaupun begitu jika anda wanita yang mahu berdepan dengan lelaki sejati ini tak perlu takut sangat kerana ego lelaki bukanlah bermaksud sesuatu yang negatif semuanya. Kebanyakkan lelaki rasional dan pandai mengendali ego masing-masing.
Selain itu tips dibawah ini juga antara cara terbaik untuk berdepan dengan ego lelaki:
Dengar apa yang mereka katakan
Seorang lelaki amat gemar apabila wanita mahu mendengar apa kata mereka. Ini berkemungkinan kerana kenalurian sebagai pemimpin yang sebati dengan jiwa. Tetapi lelaki juga manusia biasa, apa yang mereka katakan tidak semestinya 100% tepat. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan apa yang mereka nyatakan, cuba beri bantahan dengan cara yang lembut. Ini adalah kerana sekiranya anda memberi bantahan dengan cara yang keras, sudah semestinya seorang lelaki itu akan lebih berkeras dengan anda untuk menjaga keegoan mereka.